Archive for 2016

  • BAB 7 : APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

    0

    Perisian Komputer

    PERISIAN KOMPUTER

    Perisian komputer terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas tertentu.

    Jenis- jenis Perisian.

    Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.
    • Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
    • Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
    • Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.

    Pengaturcaraan

    Mengarang set arahan atau perintah yang kemudiannya boleh diterjemah dan dilaksanakan oleh komputer (atau mana-mana mesin elektronik). Biasanya kemahiran mengaturcara memerlukan pemikiran logik dan kebolehan mentaakul.
    Dalam kejuruteraan perisian, pengaturcaraan dianggap sebagai satu tahap dalam proses pembangunan perisian.
    • Perisian pengendalian
    Rencana utama: Sistem pengendalian
    • Perisian pengaturcaraan
    ·         Perisian pengaturcaraan
    ·         Pengkompil
    ·         Pentafsir
    ·         Pemproses kata
    • Perisian aplikasi
    ·         Perisian Hamparan Kerja (Spreadsheet)
    ·         Perisian Pengkalan Data (Database)
    ·         Perisian Persembahan (Presentation Software)
    ·         Perisian Utiliti (Utility)
    ·         Perisian Anti-Virus
    ·         Perisian Lukisan (Drawing)
    ·         Perisian Perakaunan (Accounting)
    ·         Perisian Multimedia
    ·         Perisian Internet
    ·         Perisian Tugas Khas (Special Purpose Software)
    Dalam bidang sains komputer, Sistem Pengendalian (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas, dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan, dan pelayar web.

    Pengenalan

    Secara am, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang (install).

    Sistem pengendalian memastikan [aplikasi/program/perisian] lain berupaya mengguna memori, perkakasan/peranti input-output, dan mempunyai capaian (access) terhadap sistem fail (file system). Sekiranya lebih daripada satu aplikasi dijalankan (run), sistem pengendalian menjadualkan supaya setiap proses aplikasi mempunyai masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan proses masing-masing.

    Sehingga awal tahun 2004, sistem pengendalian terkenal yang tersebar luas penggunaannya dalam Komputer Peribadi, telah bergabung kepada 2 keluarga sistem pengendalian: Keluarga Microsoft Windows, dan Keluarga ala-Unix (ini termasuk pelbagai definisi Unix yang berbeza, Linux dan Mac OS X).

    Unix diguna secara meluas di institusi akademik dan sebagai aplikasi sokongan (back-end implementation), manakala Windows lebih laris digunakan di kalangan Pengguna biasa (home user), selain daripada perniagaan untuk kegunaan muka (front-end). Sebagai Pelanggan, Windows jauh lebih luas penggunaannya, dan ini meletak pasaran saham Microsoft dalam peratusan 90-98%. Linux merupakan sistem pengendalian yang lebih banyak diguna sebagai Pelayan Web (Web Server), dan sekarang sudah mula diguna di rumah serta persekitaran Perniagaan. Disebabkan ia percuma, sistem Pengoperasi ini mula mendapat tempat di sebahagian syarikat. Mac OS X (yang mengguna sistem Unix), serta warisan awalnya, lebih laris di kalangan pengguna biasa dan dalam bidang multimedia.
    Komputer kerangka utama dan komputer terbenam, mengguna pelbagai bentuk sistem pengendalian yang kebanyakan tiada talian dengan keluarga Windows atau Unix.

    Contoh sistem pengendalian

    • Unix - Solaris, AIX, HP-UX, SCO
    • Mac OS
    • DOS
    • Windows
    • Linux - Debian, Redhat, Mandrake (Mandriva), Slackware, Gentoo, Suse
    • BeOS
    • OS/2

    Pengkompil


    Pengkompil kalau diterjemahkan terus ke Bahasa Melayu bermaksud penyusun. Sesuai dengan maksudnya, ia digunakan untuk menterjemah bahasa pengaturcaraan tahap tinggi kepada bahasa pengaturcaraan tahap rendah di mana kod sumbernya telah tersusun atau terhimpun. Berbeza dengan pentafsir yang melakukan terus setiap arahan yang diterimanya dalam masa perjalanan.

    Pentafsir

    Pentafsir mungkin merujuk kepada:
    • Jurubahasa, orang yang mentafsir satu bahasa kepada satu bahasa yang lain.
    • Ahli tafsir, orang yang menerang atau menjelaskan sesuatu karya.
    • Pentafsir (pengkomputeran), program komputer yang menjalankan program lain yang tak-terlaksanakan secara terus.

    Pemproses kata

    Pemproses kata merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses kata merupakan applikasi terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
    Sesuatu pemproses kata juga ada dalam bentuk unit komputer bersendirian yang serupa kepada mesin taip, cuma lazimnya termasuk kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan pemformatan dan pencetakan canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen dalam kad memori atau disket. Pemproses kata kebanyakannya membolehkan penggunanya memilih antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan kata. Pemproses kata sedemikian ini tidak harus dikelirukan dengan mesin taip elektrik.

    Pemproses kata merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatanjustifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan kata adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.

    Walaupun pemproses kata awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemproses kata terkini mempunyai kelebihan antara muka pengguna bergrafik (graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.

    Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan kata komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan set Office. Selain itu, terdapat juga aplikasi pemprosesan kata komersial yang lain, seperti WordPerfect. Aplikasi sumber terbuka seperti OpenOffice Writer dan KWord turut makin popular.

    Perisian Hamparan Kerja

    Microsoft Excel merupakan salah satu aplikasi yang disatukan (integrated package) daripada empat aplikasi utama yang terkandung di dalam Microsoft Office. Ia merupakan aplikasi helaian kerja (spreadsheet) yang keutamaannya ialah untuk melakukan kerja-kerja pengiraan, penyediaan carta dan fungsi-fungsi pangkalan data. Sebagai satu aplikasi yang disatukan, data boleh dikongsi diantara aplikasi dengan mudah. Spreadsheet ialah aplikasi komputer yang memaparkan berkotak2 maklumat, sama ada teks atau nombor, contohnya maklumat kewangan. Spreadsheet juga selalunya mengandungi formula yang membolehkan kiraan dilakukan untuk mendapatkan nilai-nilai tertentu dari nilai sedia ada, contohnya jumlah suatu lajur, yang dikira dengan menjumlahkan nilai2 di atasnya.
  • BAB 6: KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

    0
    Apa yang dimaksudkan dengan kemahiran memproses maklumat?

    Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari.

    Tujuan?  

    Tujuan memproses maklumat adalah supaya bahan berkenaan boleh menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan.

    Jenis? 

    Terdapat dua jenis maklumat yang perlu diproses atau dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan maklumat berbentuk kualitatif. Maklumat yang berbentuk kuantitatif adalah maklumat yang berkaitan dengan nombor manakala maklumat yang berbentuk kualitatif ialah maklumat yang berdasarkan teks, lakaran, rajah dan foto/gambar.





  • BAB 5: KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

    0
    NOTA :

    • Benda yang dicatat oleh seorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
    • Bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat dan fakta
    • Mencatat nota adalah suatu seni 
    • Memudahkan  penghafalan atau pemahaman
    Sumber:Mohammad Shatar Sabran.(2005).7 Rahsia Kecemerlangan Akademik.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

  • BAB 4 : TEKNIK MEMBACA

    0
    Pembacaan boleh dibuat melalui teknik skimming dan scanning. Kedua-dua teknik ini dikenali sebagai bacaan cepat.





    Pembacaan seterusnya adalah pembacaan secara perlahan yang menggunakan teknik SQ3R. ( SURVEY, QUESTION,READ, RECITE, REVIEW )


  • BAB 3: KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

    0
    Maklumat amat penting kepada semua orang terutama kepada penyelidik untuk menjalankan kajian, pelajar yang menyiapkan tugasan kerja kursus, individu yang menyelesaikan masalah, individu yang membuat keputusan, individu yang menyediakan laporan yang diperlukan berkaitan sesuatu isu dan individu yang memerlukan maklumat awak untuk meneruskan tindakan selanjutnya. 

    Maklumat boleh diperoleh melalui dari pelbagai sumber sama ada media elektronik, media cetak, manusia, media tiga dimensi dan persekitaran. Langkah untuk mendapatkan maklumat adalah seperti kenal pasti maklumat yang dikehendaki, kenal bentuk maklumat yang dikehendaki, kenal pasti cara untuk mendapatkan maklumat berkenaan, membuat penilaian ke atas maklumat yang diperoleh serta menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan. 

    Terdapat dua jenis maklumat iiatu maklumat dalam bentuk soft copy dan hard copy. Contoh hard copy ialah seperti dalam fail-fail manakala dalam soft copy ialah facebook, blog, diari, catatan dan lain-lain. Maklumat juga diperoleh dalam bentuk formal dan tidak formal. Maklumat tidak formal diperoleh melalui facebook, blog, diari dan sobagainya manakala maklumat formal adalah melalui  arahan, memo dan sebagainya. 

    Selain itu, pencarian maklumat di perpustakaan menggunakan sistem Online Public Access Catalogue (OPAC) dan Electronic Query Using Internet Protocol (E-QUIP) untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan di perpustakaan. Mellaui sistem ini, pelajar dapat menempah dan meminjam buku dari perpustakaan lain dengan cepat dan mudah. 

    Terdapat dua jenis sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer merupakan maklumat yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Temu bual yang dijalankan adalah kepada individu yang melalui sendiri kejadian itu. 

    Seterusnya, sumber sekunder ialah sumber maklumat yang diperoleh melalui hasil tafsiran, dan rumusan sumber primer bertujuan untuk memenuhi kehendak yang dibincangkan dalam buku yang ditulisnya. Contoh sumber sekunder ialah buku teks, majalah, akhbar, laman web dan sebagainya.


  • BAB 2 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN

    0
    Pengurusan pembelajaran dibuat dengan menetakan matlamat diri dan akademik. Perancangan dengan membuat jadual belajar juga mampu membentuk pelajar dari segi mengurus masa.

     Perancangan masa hadapan adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat membantu mencapai kejayaan yang diimpikan. Sebagai seorang pelajar, jadual waktu harian tidak asing bagi mereka untuk menyusun waktu dan mengurus diri dengan baik serta teratur.

     Namun begitu, setiap jadual yang dibuat mestilah diikut. Disiplin diri menjadi faktor utama untuk mencapai kejayaan dan memperoleh impak yang baik secara maksimum. Selain itu, setiap pelajar harus mempunyai matlamat jangka masa yang pendek serta panjang untuk membantu diri memperoleh cita-cita yang berinovasi. Di sini, saya ingin mempamerkan contoh jadual belajar harian serta maklumat hidup saya dalam jangka masa yang panjang dan pendek untuk dijadikan sebagai bahan rujukan para pembaca. semoga bermanfaat untuk kita semua : )


     
  • MODEL GAYA PEMBELAJARAN VAK

    0
    Gaya pembelajaran ini diasaskan oleh Neil Fleming. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri seperti visual, auditori, kinestetik serta bacaan atau tulisan.


     
  • CONTOH POSTER ALAM SEKITAR

    0
    Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya.Sebagai rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar,kita hendaklah sentiasa merenung keindahannya disamping berusaha menjaganya setiap masa.Oleh itu,pelbagai inisiatif boleh diambil dalam usaha untuk memulihkan,memelihara dan menjaga alam sekitar.
  • BAB 1 : KONSEP DAN PENGERTIAN KEMAHIRAN BELAJAR

    0
    ASSALAMUALAIKUM w.b.t.

    Para pembaca sekalian, sebelum kita kenali akan konsep dan pengertian kemahiran belajar. Kita harus tahu tentang kemahiran belajar diri sendiri.

    Bagaimana caranya???

    Yang pertama, kanal pasti kekuatan dan kelemahan diri sebagai seorang pelajar dalam proses pembelajaran.

    Sudah tahu kelemahan, apa perlu buat?

    Ambil langkah untuk perbaiki kelemahan. Sebagai contoh, jika anda orang yang tidak boleh belajar secara seorang diri, langakah seterusnya adalah cari rakan-rakan yang satu kepala atau jenis macam anda dan bentukkan kumpulan. TAPI.. HARUS INGAT.. Kumpulan yang dibuat tidak lebih dari tiga orang untuk mengelakkan aktiviti yang tidak sepatutnya seperti bersembang ketika belajar.


    Dalam pembelajaran, terdapat kemahiran generik yang kita pelajari sepanjang pembelajaran.  Apakah kemahiran generik? Kemahiran generik terbahagi kepada bebrapa, iaitu kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran mentafsir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat serta kemahiran pemudahcara atau fasilitator.


    Selesai muqaddimah..

    Berbalik semula kepada konsep dan kemahiran belajar, setiap pelajar mempunyai cara belajar yang tersendiri. Setiap orang mempunyai tahap motivasi yang berlainan. Ada pelajar suka dirinya dibebel setiap hari tetapi ada pelajar suka dirinya diberi suntikan motivasi dengan berkias.


    Oleh itu, apaya yang kita perlu tahu akan kemahiran belajar adalah mengapa perlu ada kemahiran belajar?

    1) Untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku.
    *Bentuk tingkah laku dari segi masa. Bentuk jadual harian dan patuhi. Ini dapat membantu pelajar untuk menguruskan masa dengan baik dan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa.

    2) Pembelajaran sepanjang hayat
    * Perlu ada matlamat jangka masa panjang dan jangka masa pendek untuk mencapai tujuan hidup. Tujuan hidup itu besar. Bukan sahaja untuk memiliki kekayaan tetapi membentuk negara ke arah kemajuan. Kemajuan adalah bermula dengan modal insan yang cemerlang.

    3) Belajar ikut kemampuan diri sendiri
    *STUDY SMART membawa maksud yang besar. Saya tidak katakan bahawa STUDY HARD itu tidak bagus tetapi adalah lebih baik adan lebih bagus jika kita STUDY SMART. Belajar secara ini membantu diri anda untuk tenang.

    Menurut ( Hargreaves, 1996 ), beliau menyatakan bahawa pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasannya ke dalam kehidupan.





    RUJUKAN

    Hargreaves, (1996) What's worth fighting for? Working together for your school (2nd ed). New York: Teachers College Press
  • Perkenalan Diri

    0

    Tatkala malam yang sunyi sepi ditambah lagi dengan dengkuran manusia yang lena di sekeliling. Tiba-tiba, kedengaran tangisan bayi memecahkan kesunyian dari perut ibu. Keluarlah seorang permaisuri di sebuah keluarga yang berkelana di ibu negara. Aku dilahirkan pada tahun lembu di sebuah daerah yang terkenal dengan menara condong. Minatku dalam penulisan menggambarkan sebuah mahligai perkahwinanku dengan mata pena


  • Copyright © - E-Portfolio

    E-Portfolio - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan