- Home>
- BAB 3: KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Posted by : Unknown
Wednesday, 21 September 2016
Maklumat amat penting kepada semua orang terutama kepada penyelidik untuk menjalankan kajian, pelajar yang menyiapkan tugasan kerja kursus, individu yang menyelesaikan masalah, individu yang membuat keputusan, individu yang menyediakan laporan yang diperlukan berkaitan sesuatu isu dan individu yang memerlukan maklumat awak untuk meneruskan tindakan selanjutnya.
Maklumat boleh diperoleh melalui dari pelbagai sumber sama ada media elektronik, media cetak, manusia, media tiga dimensi dan persekitaran. Langkah untuk mendapatkan maklumat adalah seperti kenal pasti maklumat yang dikehendaki, kenal bentuk maklumat yang dikehendaki, kenal pasti cara untuk mendapatkan maklumat berkenaan, membuat penilaian ke atas maklumat yang diperoleh serta menyenaraikan bahan rujukan yang digunakan.
Terdapat dua jenis maklumat iiatu maklumat dalam bentuk soft copy dan hard copy. Contoh hard copy ialah seperti dalam fail-fail manakala dalam soft copy ialah facebook, blog, diari, catatan dan lain-lain. Maklumat juga diperoleh dalam bentuk formal dan tidak formal. Maklumat tidak formal diperoleh melalui facebook, blog, diari dan sobagainya manakala maklumat formal adalah melalui arahan, memo dan sebagainya.
Selain itu, pencarian maklumat di perpustakaan menggunakan sistem Online Public Access Catalogue (OPAC) dan Electronic Query Using Internet Protocol (E-QUIP) untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan di perpustakaan. Mellaui sistem ini, pelajar dapat menempah dan meminjam buku dari perpustakaan lain dengan cepat dan mudah.
Terdapat dua jenis sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer merupakan maklumat yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Temu bual yang dijalankan adalah kepada individu yang melalui sendiri kejadian itu.
Seterusnya, sumber sekunder ialah sumber maklumat yang diperoleh melalui hasil tafsiran, dan rumusan sumber primer bertujuan untuk memenuhi kehendak yang dibincangkan dalam buku yang ditulisnya. Contoh sumber sekunder ialah buku teks, majalah, akhbar, laman web dan sebagainya.